PERTEMUAN


Selama 3 tahun percintaanku dengan dia, kami tidak pernah bertemu. Sehingalah tamat pengajianku di UiTM, barulah kami bersetuju untuk berjumpa. Dengan bantuan sahabatku Mira…..
Dari jauh, aku melihat seorang lelaki bertubuh sedehana sepertiku berdiri bersebelahan Mira. Dia ke Lan? Aku bertanya sendirian.
“Ha, Bad dah sampai pun. Inilah Lan, sepupu aku.” kata Mira kepadaku.
Aku lantas melihat wajahnya yang sedang tersenyum lebar sambil memandang tepat kepadaku. Aku segera  memandang Mira semula, kerana terkejut dengan reaksi wajahnya. Segannya, macam mana ni, gerutuku di dalam hati.
Sepanjang pertemuan yang pertama, aku banyak memandang lantai. Aku merasakan amat malu memandang wajahnya. Cuma Tuhan saja yang tahu, betapa malunya aku dikala itu….
Diakhir pertemuan itu, dia memohon supaya aku dapat menerimanya seadanya.. Bak kata orang, cinta itu buta, memang benar. alhamduliilah aku dapat menerimanya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan