DUGAAN


Hospital Taiping
“Cik disahkan mengidap tibi, dan cik perlu makan ubat setiap hari di klinik berdekatan bermula hari ini.”kata doctor Cina itu kepadaku.
Aku hanya mengangguk lesu tanpa bersuara. Sememangnya aku sudah dapat meneka, kerana kakakku juga sedang menjalani rawatan penyakit tibi. Aku redha ketentuanNYA….
Kehidupanku banyak berubah selepas itu. Hariku tidak lagi ceria dan aku terpaksa berhenti kerja daripada kedai santan, SS White Energy Enterprise. Aku tak mahu sesiapa dijangkiti penyakit ini, biarlah aku berehat sementara waktu.
Lan? Dia tak pernah meninggalkanku. Saban hari dia akan menggembirakanku dan sentiasa menasihatiku untuk bersabar dan redha dengan dugaan ini. Dia tidak bosan melayan kerenahku yang selalu “bad mood” dan mendengar tangisanku. Alangkah bertuahnya diri ini kerana ikhlas disayangi olehnya…. Terima kasih pa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan