KELUARGANYA


Dia sememangnya amat serius denganku. Pertama kali kami keluar berdating, dia membawaku berjumpa keluarganya. Segannya aku…..
Keluarganya amat spooting, ayah, emak, kakak dan abangnya melayanku seperti permaisuri. Aku merasakan serba salah kerana menyusahkan mereka. Ye, aku amat selesa sepanjang tinggal 2 hari di situ.
Ha, yang bestnye, rumahnya berdekatan dengan air terjun. Aku sempat main air bersamanya. Air terjun di situ bersih dan amat cantik. Aku terlupa seketika segala masalah sepanjang berada disitu.. Kalau dapat tinggal lama kan best….
Dia kata, lepas kami berkahwin nanti, hari-hari dia akan membawaku bermain air disitu. Argh, menipu la, ingat tak ada kerja lain ke nak buat selain main air je..kataku kepadanya sambil melihatnya tersenyum lebar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan