KERJAYA


Tan Swee Hee Sdn. Bhd.
Aku: Mr Tan, esok ada 3 buah lori yang tamat tempoh PUSPAKOM. Lori AEF8619 sedang dibaiki di bengkel dan esok akan pergi test pada pukul 9 pagi. Cuma lori PHF8689 dan PHF9689 belum balik lagi.
Mr Tan: Saya nak awak postpone lori PHF8689 dan lori PHF9689.
Aku: Ok. Lagi tentang kes accident driver,Thandarayan, saya dah faks pada Mr. Yeap.
Mr Tan: Ok. Then follow up with Mr. Yeap and inform me regarding how to settle that case.
Aku: Ok Mr.Tan. I will inform you as soon as possible.
Aku berjalan keluar daripada bilik Mr.Tan dan kembali semula ke mejaku, sambil mataku liar meninjau-ninjau ke luar tingkap pejabat.
“Syidah, hang nampak Abg Li tak?” kataku sambil memandangnya yang sedang berada di bawah meja.
“Apa?” katanya dengan kuat.
“Oit, perlahan la sikit, kuat sangat suara tu. Hang buat apa kat bawah meja?” kataku sambil menuju ke mejanya.
“Mouse aku ni tiba-tiba tak dapat detect lak, apesal tah? Masa awal-awal tadi elok ja” katanya sambil menggaru kepala.
“Dah try check USB? Kot-kot longgar sebab hang tendang ke.. Hehehe.” kataku sambil tersenyum.
“Dah banyak kali aku cabut dan pasang balik tapi lampu mouse tetap tak menyala.” katanya kepadaku.
“Ha, try cucuk kat USB yang lain, tah-tah USB yang tu rosak.” kataku serius.
“Ok, aku tukar jap. Ha, lampu menyala tak?”
“Eh, menyala! Hehehe. Aku jugak yang terror teka. Hahahaha.” kataku dengan gembira.
“Yela yela, hang pandai.” katanya dengan muka yang masam.
“Hehehe. Bye, Aku nak cari Abg Li kejap” kataku sambil berlalu.
Begitulah keadaanku di pejabat, aku dan Syidah amat rapat kerana hanya kami berdua sahaja berbangsa Melayu di dalam pejabat itu. Aku masih ingat lagi pada hari aku datang interview di situ. Aku agak terkejut dan merasa sedikit janggal kerana semuanya berbangsa Cina. Tetapi aku bernasib baik kerana Lan sudi menemaniku. Jadi kegelisahanku untuk berhadapan dengan mereka dapat diatasi sebaik mungkin dan sekarang hampir 1 tahun aku bekerja disini. Ah, sungguh tak sangka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan