COUPLE


Malam itu, aku leka bermain message dengan teman bergaduhku, Lan. Sikapnya sedikit pelik kerana tidak melayan perbalahan yang aku sengaja timbulnya, tapi dia meluahkan perasaan sukanya terhadapku.
Lan: Saya amat sukakan awak. Sudikah awak menjadi teman istimewa saya?
Aku: Suka? Kenapa? Kita belum pernah berjumpa. Bagaimana boleh sukakan saya?
Lan: Saya pernah melihat gambar awak di album Mira. Saya amat sukakannya.
Aku: Mungkin awak salah orang ni. Bukan gambar saya tu.
Lan: Mira yang beritahu itu gambar awak. Saya sukakan perwatakan awak yang sopan, pemalu dan comel tu.
Aku: Saya tak tahu. Saya belum pernah melihat awak. Lagipun kita baru saja kenal kan?
Lan: Pleaseee… Terimalah cinta saya ni. Dah berbulan kita kenal, takkan awak tidak pernah merindukan saya?
Macam mana ni, fikirku di dalam hati. Rindu? Memang aku pernah merindukan messagenya, tapi tak pernah terfikir nak serius pulak.. Arghh!
Aku: Saya tak tahu la. Berikan saya masa sampai esok, boleh?
Lan: Ok. Saya amat berharap awak menerima saya. Good Nite. Bye.
Aku menghempas handphoneku di atas katil dan bergegas mendapatkan Eiyja di biliknya.
Eiyja! Eiyja!
“Awat ngan hang ni Bad? Tetiba je menjerit nama aku. Rindu ye?” kata Eiyja sambil tersenyum manis.
“Aku ada masalah besar nak tanya pendapat hang ni. Lan! Dia ajak aku couple! Camna ni? Aku x tau la nak jawab apa..” kataku dengan wajah kusut.
“Itulah hang degil sangat, aku dah pesan jangan layan dia kan, awatnya hang layan jugak. Apa perasaan hang kat dia sebenarnya ni?” tanya Eiyja dengan sedikit marah.
“Aku pun tak tau la. Aku sekadar suka-suka dan nak berbual kosong ja, tak terlintas nak lebih-lebih pun.” kataku dengan mulut moncong.
“Ha, cakap je hang tak mau. Beritahu dia, hang belum bersedia nak terima sapa-sapa lagi. Ok?” kata Eiyja.
“Oooo.. ok jugak idea tu. Esok aku cakap kat dia ye. Hehehe..” kataku dengan tersenyum lebar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan