IKATAN


Selepas selesai solat isyak, aku termenung sejenak di atas tikar sejadah. Otakku ligat berfikir sesuatu. Boleh ke dia terima jawapan aku ni? Memang aku dah mula syok ngan dia, tapi… aku ada prinsip untuk tidak bercinta jika masih belajar. Tapi hati aku kian terselit rasa rindu terhadapnya. Arghh!! Biarlah, baik aku cuba dulu….
Aku: Hai awak, buat apa tu? Sibuk ke?
Lan: Saya tak buat apa-apa. Saya sedang menunggu jawapan awak saja.
Aku: Ooo.. yeke. Sebelum saya cakap, saya nak memohon maaf.
Lan: Kenapa? Awak ada buat salah ke?
Aku: Ye, saya banyak menyakitkan hati awak selama ni. Saya sengaja nak bergaduh dengan awak.
Lan: Tak apa. Saya suka bergaduh-gaduh manja dengan awak.
Ish, aku sekeh gak kepala mamat ni kang. Nasib baik jauh, kalau depan mata, siap la…. Gerutuku di dalam hati.
Aku: Saya tak boleh terima awak kerana saya belum bersedia lagi. Saya kan masih belajar, tak elok la bercinta…
Lan: Kenapa? Saya bukannya nak menggangu pelajaran awak pun. Saya hanya hendak awak menjadi insan istimewa saja, bukannya minta perkara yang bukan-bukan kan.
Aku: Ye, tahu. Tapi saya belum bersedia.
Lan: Pleassee, saya takut kehilangan awak. Saya tak nak awak terlepas ke tangan orang lain. Awak terima ja saya dulu, cuba mengenali saya lebih dari seorang kawan. Kalau awak tak suka jugak, awak beritahu ja k.
Aku: Tak boleh la macam tu…
Lan: Pleassee… Saya amat sukakan awak! Biarlah saya mati kalau awak tak terima saya. Pleassseee….
Aku terus berdiam dan tidak mengendahkan messagenya…tetapi….
Kring! Kring! Handphoneku berbunyi dan tertera nama ”Lan” di skrin.
Alamak! Dia call? Nak jawab ke tak ni? kataku sambil menggaru kepala.
“Hello, maaf saya pergi toilet tadi, dah tak tahan nak buang air. Sorry ye.” kataku selamba.
“Ooo.. tak apa. Saya cuma nak mendengar jawapan awak sahaja” kata dengan serius.
………………………………………..
Akhirnya aku menerimanya setelah didesak dan dirayu beberapa kali. Aku sememangnya lemah dengan pujuk rayu dan tak tahan dengan desakan yang tidak behenti-henti. Biarlah aku mengenalinya terlebih dahulu dan mungkin sedikit demi sedikit pintu hatiku terbuka untuk menyukainya…
Ha, satu lagi, bila Eiyja tahu yang aku terima Lan, dia terus menarik muka masam dan memarahiku.. Sorry Eijya, aku tak tahan didesak la. Aku dah cuba menolak, tapi dia terus memaksa….. Maaf…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan