12 FEBRUARI 2014

Rabu, 8.12 pagi.
Aku menerima meseg daripadanya di Kakao Talk.
"Ma, kalau ditakdirkan pa pergi dulu, boleh tak ma tolong tengok-tengokkan mak,"
"InsyaALLAH sayang,"
"Pa pergi dulu, ma jaga diri k. Assalammualaikum."
"Pa pun jaga diri k, Waalaikummussalam."
Aku menatap handphoneku dengan perasaan hiba. Aku membaca berkali-kali meseg terakhir daripadanya. "Ya ALLAH, selamatkanlah dia," doaku di dalam hati.
----------------------------------
9.00 pagi.
Aku makin tak keruan, kerana teramat risaukannya. Pembedahannya baru sahaja bermula dan masih berbaki 8 jam lagi untuk selesai. Hatiku tetap berdebar walaupun aku menyibukkan diri mengemas rumah memasak.



"Ya ALLAH, lancarkanlah pembedahannya, selamatkanlah dia dan jauhilah dia dari sebarang bahaya. Aminnnn..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan