MEKAR


Kampung Sungai Buluh, Sedim
“Ma, nak ikut mak dan abah p petik buah rambutan tak?” katanya riang.
“Hah, rambutan. Nak!” kataku dengan gembira.
“Malam ni ma tidur sini ja tau, tak sempat nak balik dah. Esok ja ma balik k.” katanya lagi.
Alamak, mampus aku kena marah dengan mak dan abah la. Adoi, awat la aku gatai sangat nak makan durian free tadi. Ish..
“Yela, nak buat macam mana lagi, tak dak pilihan kan.” kataku monyok.
“Dah dah, tak payah nak buat muka. Nanti pa picit hidung kang. Jom, kita p kebun.”katanya sambil tersenyum.
Eee, geram. Tak abih-abih nak picit hidung aku ja. Aku tau la, hidung aku kembang, tak macam dia mancung. Eleh, berlagak la tu hidung mancung. Siap, kalau mak dia tak dak, aku cubit dia nanti.
“Pa, banyaknya buah rambutan. Bestnyeee.. “ kataku dengan terpegun.
“Memang la, tanah bukit kan subur jadi banyak la berbuah. Cepat petik, esok boleh bawak balik rumah” katanya yang leka memetik rambutan.
“Ok.” jawabku sambil membantu ibunya memasukkan rambutan ke dalam guni.
________________________
“Ma tidur dalam bilik pa ja tau, jap pa nak kemas-kemas dan tukar cadar.” katanya yang leka menepuk-nepuk bantal.
“Nah Lan, tukar cadar ni,” kata ibunya kepada Lan.
“Pa, takpe ma boleh buat. Pa kuar la.” kataku sambil menarik bantal yang dipegangnya.
“Tak pe, takpe, biar pa yang buat. Ma kan tetamu. Duduk je kat sana diam-diam,” jawabnya lagi.
“Biarlah Lan ja yang buat,” kata ibunya.
Aku terus terdiam apabila mendengar kata-kata ibunya. Terasa segan kerana dilayan dengan baik oleh mereka. Takut mula menyelubunyi jiwaku sekiranya keluargaku tidak dapat menerima Lan sepertimana mereka menerimaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan