KEMBALI


Eh, siapa yang call ni? Salah nombor ke? Ish, malasnya nak angkat….
“Hello” kataku selamba.
“Hello, awak apa khabar?” katanya.
Hah, Lan? Hampir luruh jantungku, tatkala mendengar suara orang yang aku amat rindukan. Kesedihan mula menyelubungi dadaku kerana terlalu gembira mendengar kata-katanya.
“Saya khabar baik, awak sihat? Mana nombor telefon lama awak? kataku lagi.
“Saya sihat. Saya dah buang nombor lama. Saya nak lupakan segala kisah silam dan ingin memulakan hidup baru bersama awak” katanya dengan sedikit sayu.
Sebenarnya inilah saat-saat yang aku tunggu untuk melihat dia benar-benar menyesal dan nekad untuk berubah. Amat sukar untukku meninggalkannya dikala dia berada dalam kesusahan dan memerlukan sokonganku. Biarlah aku berikannya peluang kedua.
“Ok, saya terima awak semula, tapi dengan syarat. Ok?” kataku sedikit riang.
“Saya terima apa jua syaratnya, asalkan awak maafkan dan sudi menerima saya semula” katanya.
“Syarat yang pertama, solat penuh 5 waktu , tak boleh tinggal. Syarat kedua, awak kena belajar mengaji Al-Quran dan berjinak-jinak ke surau atau masjid untuk berjemaah. Tapi tak termasuk solat jumaat k, sebab itu dah confirm wajib untuk awak pergi ke masjid.” kataku dengan tegas.
“Ok, saya akan cuba.” katanya sayu.
“Tak boleh cuba-cuba, awak kena jugak buat. Syarat ketiga, awak kena berhenti merokok, boleh?” kataku dengan lebih tegas.
“Hah, saya tak boleh berhenti secara mendadak, nanti saya boleh jatuh sakit. Awak berikan saya masa boleh? katanya dengan penuh mengharap.
“Ok, takpe, saya bagi awak masa. Tapi pastikan awak kena berusaha berhenti jugak tau!” kataku dengan agak kuat.
“Ok, terima kasih. Saya amat sayangkan awak.” katanya lagi.
“Saya berharap awak tinggalkan kisah lama dan jangan sesekali mengulanginya. Saya perlukan awak untuk membahagiakan saya” kataku dengan nada sayu.
“Saya akan buat sebaik mungkin untuk membahagiakan awak. Saya amat sayangkan awak dan ingin melihat awak gembira. Saya amat hargai pengorbanan awak.” katanya sambil menangis.
Aku merasa semakin sebak apabila mendengar tangisannya. Aku turut jua menangis bersamanya. Inilah lelaki, walaupun nampak kuat diluar, tapi apabila melibatkan perempuan, mereka menjadi lemah dan mudah menitiskan air mata. Memang lawak, tapi inilah hakikatnya. Hehehe, aku ketawa di dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan